Traders Gathering 28 September 2019, Saturday Kota Kinabalu, Sabah

Salam Sejahtera,

Satu perjumpaan antara trader telah diadakan di The Klagan Hotel Warisan Square Kota Kinabalu Sabah Malaysia dan dipengerusikan oleh Encik Shah sebagai Area Manager untuk Malaysia. Perjumpaan ini telah berjaya mengumpulkan klien NPBFX dari pelbagai latar belakang samada baru ataupun trader berpengalaman dan juga rakan kongsi NPBFX.

Antara acara yang paling mendapat tumpuan ramai ialah pertandingan trading menggunakan simulator! Daripada acara ini, klien mendapat informasi terkini mengenai pasaran, perkongsian strategi yang mudah dan berkesan serta trader baru dapat belajar sedikit sebanyak dengan trader yang berpengalaman. Malah, ada di antara mereka yang bekerja sebagai Fund Manager. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada trader yang hadir dan sudi meluangkan masa bersama kami.

Harap kita dapat berjumpa lagi!